Thursday, 7 February 2013

ubat hati 8/2/13

assalamualaikum

adik-adik, akak jumpa 'ubat hati' ni..untuk kita sama-sama renungi


"sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi.

Sahabat-sahabat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?

Rasulullah menerangkan: membaca Al-Quran dan mengingati mati."

(hadith riwayat Al-Baihaqi)


Tuesday, 5 February 2013

tarbiah dzatiyah--jom peduli dengan diri kita (part 1)

assalamualaikum sisters of uno yang osem ^__^

alhamdulillah dapat bertemu lagi, ok kat bawah akak share lebih lanjut ttg tarbiah dzatiah, bacalah dengan sabar ya adik2 :D kerana ada permata di dalamnya. kalau ada apa2 perkara nak dibincangkan, kita bncg sama2 ya..ok sisters, its time to reflect














perbincangan kita tentang tarbiah dzatiah, akak ambil dari buku di bawah:


Apa itu Tarbiah Dzatiyah?

TDz ialah:
sejumlah wasilah tarbiah (usaha-usaha tarbiah)
yang dilakukan oleh seorang Muslim kepada dirinya sendiri,
untuk membentuk keperibadian Islam yang sempurna
(dari segi ilmu, iman, akhlak, sosial etc)
dan naik tinggi ke tingkatan kesempurnaan sebagai manusia

Dalam perkataan lain, TDz ialah usaha-usaha tarbiah yang dilakukan oleh seseorang terhadap dirinya sendiri, untuk membangun dirinya menjadi muslim yang lebih baik dari hari ke hari.

TDz merupakan penerusan kepada usaha tarbiah yang dilakukan secara jamaie (secara berjemaah seperti liqa' usrah, mabit, daurah, etc yang kita ikuti), so kalau kita komited dengan usaha tarbiah yang kita buat sama2 dengan uno sisters yg lain, ditambah pulak dengan usaha tarbiah dzatiah yang kita usaha sendiri+doa kepada Allah, dengan izin Allah kita akan jadi lebih super duper osem ^__^ 

jalan ke syurga tak mudah, kerana syurga mahal nilainya, kita kene kuatkan usaha..dan kuatkan lagi usaha...battle your way to jannah!!




Apa pentingnya Tarbiyah Dzatiyah kepada sisters of Uno?

uish ^__^ super duper penting!! 
  1. sebab jaga diri sendiri mestilah didahulukan daripada menjaga orang lain. kalau kita tak jaga diri kita, macammane kita nak jaga orang lain?
    "Hai orang-orang yang beriman, jagalah diri dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu…"
    (At-Tahrim 66: 6)

  2. Jika kita tidak mahu peduli tentang urusan tarbiyah diri sendiri, siapa lagi yang akan lebih peduli? siapa? orang lain ya mungkin peduli dengan kita, tapi kalau diri kita sendiri tak nak peduli tentang diri kita, apakah perubahan boleh berlaku dengan baik? -___- naudzubillah
    "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)…"
    (Al-Hasyr 59: 18)




  3. Hisab Allah SWT di Hari Akhirat kelak bersifat individual. Ingat masa bulatan gembira kita main game pokok, tupai dan gempa. haih..hehe..masa kak fizah sbut tupai atau pokok, semua mesti lari2 cepat supaya dapat tempat. masa gempa lagilah!! hehe..semua orang nak selamat, kecoh sebab semua pokok dan tupai lari. takde yang beria2 selamatkan tupai/pokok lain dulu, betul tak? bayangkanlah kiamat nanti, atau di padang mahsyar nanti...masa tu semua org ada urusan hisabnya masing-masing. so, kita kenelah peduli tentang diri kita. dan kita sisters of uno SAMA-SAMALAH bantu usrahmate kita untuk sama-sama selamat dan semoga dapat sama2 berkampung kat syurga nanti ^__^ sunyilah pulak kalau sorang-sorang je selamat betul tak? bukan sunyi je..selfish huhu
    "Dan setiap mereka datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri."
    (Maryam 19: 95)

  4. Tarbiyah Dzatiyah sangat efektif kerana kitalah yang paling mengetahui keadaan diri sendiri (Keaiban, kelemahan, Dosa-dosa dan Maksiat yang dirahsiakan) sehingga kita dapat mendidik diri agar mampu menanganinya. betul kan? kitalah yang tahu macammane solat kita, puasa kita, hati kita..etc etcjadi kita tahu yang mana perlukan pembaikan lagi, lagi dan lagi




  5. Tarbiyah Dzatiyah adalah wasilah untuk kita terus Tsabat dan Istiqamah dengan ajaran Islam (walau ketika berseorangan dan jauh dari Murabbi/akhawat lain). tarbiah dzatiah menguatkan hubungan kita dengan Allah apabila kita bersendirian..ia memberikan kita kekuatan yang hanya Allah boleh bagi...agar kita dapat tetap atas jalan Allah walaupun kita sedang diuji, sedang dalam kesukaran etc etc  

  6. Tarbiyah Dzatiyah sangat penting kerana ia merupakan salah satu cara yang efektif untuk berdakwah kepada orang lain. Peribadi yang sentiasa menjadi Qudwah dalam keimanan, akhlak, keilmuan, ibadah dll terhasil antaranya melalui Tarbiyah Dzatiyah.
  7. Tarbiyah Dzatiyah jugalah yang diperlukan untuk memperbaiki realiti umat hari ini yang kian rosak. Setelah individu-individu ini baik keislamannya, maka akan berlaku perubahan di peringkat keluarga, masyarakat dan negara (Bertambah cepat bila digabungkan dengan Tarbiyah Jamai'yah; tarbiah yang dilakukan secara jamaie).

  8. Tarbiyah Dzatiyah sangat istimewa kerana ia mudah dilakukan, ada pelbagai cara dan tidak bergantung kepada masa atau tempat tertentu. (Usrah perlukan masa tertentu, kehadiran orang-orang tertentu dan di tempat tertentu. tapi berdzikir, tilawah etc boleh kita buat sendiri2...jangan lupa report daily hihi)





    ANTARA SEBAB KENAPA ADA ORANG TIDAK PEDULI DENGAN PRESTASI TARBIAH DZATIYAHnya: (jom sama2 kita hindari)


    1) belum faham tentang kepentingan TDz

    2) kurang ilmu tentang BAAAANYAKnya saranan Quran dan sunnah tentang TDz ini

    3) leka dengan dunia


















    4) rasa TDz membebankan dan gune banyak masa, ada yang rasa 'kan dah buat ibadah wajib, kenapa perlu lagi TDz'

    5) belum rasa pentingnya ada inisiatif tambahan dari diri sendiri untuk meningkatkan diri


    6) rasa cukup dah dengan datang liqa' usrah dan hadir prog-prog yang diajak oleh naqibah


    7) kita rasa muda lagi, rasa lambat lagi nak mati (hu T-T insaf insaf..ya Allah ampunkan diriku T-T) 













    JOM kita usaha!! caiyok adik2..akak2 akan usaha juga ^__^ gambatte ne! 



Saturday, 2 February 2013

Training of Trainers

Assalamualaikum!

Harini nak share pasal Program TOT ( Training of Trainers ) yang dianjurkan oleh IkramTeens di Pejabat Ikram Wilayah Persekutuan 30 Januari haritu.

Program ni Iman dengan Fatimah Aliyya yang pergi, tujuannya adalah untuk melatih remaja-remaja macam kitorang ni untuk jadi fasilitator. Alhamdulillah, banyak input yang kitorang dapat dari program ni. ^_^


Abang Bai sedang berhujah :D

Facility = kemudahan
Facilitator = ?
Abang Bai cakap facilitator adalah seorang yang menjadikan sesuatu tugas yang diberi kepada anak2 muridnya lebih mudah. Maksudnya, facilitator ni hanya memberi bantuan dan bimbingan untuk mendapatkan sesuatu jawapan kepada soalan yang diberikan, bukan memberi jawapan terus semata-mata :D

Banyak lagi la ilmu yang kitorang dapat, contohnya cara bercakap di hadapan, cara pegang microphone, cara nak handle peserta dari umur kanak-kanak saaaampaila remaja. Tak sama tau cara menjaga kanak-kanak dengan remaja ;) Lepastu kitorang dapat tengok dan belajar sedikit sebanyak 'behind the scene' program-program lain yang dianjur oleh Ikram macam KBM ( Keindahan Bersama Mu ) dan lain-lain. Best, sebab saya sendiri pernah jadi peserta KBM :3



Kitorang kena menari chicken dance! Nak jadi faci ni kena la sporting, tak boleh malu-malu kucing, so kena jadi la ayam. cehh, gurau gurau :P

Sooo, kepada uno sisters dan pembaca-pembaca blog ni, kalau diberi kesempatan untuk join Program TOT yang akan datang, pergi je! Tak rugi pun, banyak ibrah yang boleh kita dapat :D Iman dengan Aliyya dah makin confident nak jadi faci lepas ni, jangan jealous, cehhh hahahha. 
Kalau ada apape soalan boleh la komen kat bawah ni, Insyaa Allah, kalau ada masa kitorang jawab. 

Talk to you again next time! Wassalam :)
Iman