Together we are Uno!
Thursday, 14 March 2013
Monday, 11 March 2013
Syahadatul Haq (versi 2)
Assalamualaikum =)
Nota kecil : baca aliyya punya versi kat bawak dulu eh. sbb sy tambah sikit apa yg dia dah share =)
Umar marah lalu buat detour ke rumah adik dia (pestu sahabat tu pon lari balik ke rumah Rasulallah untuk beritahu apa yang terjadi) . Setelah dia sampai ke rumah adiknya, dia dengar adik dia sedang baca al-Quran ayat :
Jadi, apa yang saya dapat drpd daurah SH :
Nota kecil : baca aliyya punya versi kat bawak dulu eh. sbb sy tambah sikit apa yg dia dah share =)
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad)satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang membenarkan kebenaran perbuatan kamu. (2:143)Ok, mula2 kak Izyana bukak dgn muqaddimah dan menceritakan kisah Umar al-Khattab semasa dia nak peluk islam. Pada suatu hari ni, Umar berjalan mencari Rasulallah saw dgn niat nak bunuh baginda. On the way nak pergi rumah Rasulallah tu, dia terserempak dgn seorang sahabat ni, pestu dia tanya Umar nak pergi mana lalu Umar pon jawab "Aku hendak membunuh Rasulallah". Sahabat ni pon dah takut la tapi dia buat cool je dan dia beritahu Umar yang adik perempuan Umar dan ipar dia sudah pon meninggalkan agama nenek moyangnya dan memeluk islam.
Umar marah lalu buat detour ke rumah adik dia (pestu sahabat tu pon lari balik ke rumah Rasulallah untuk beritahu apa yang terjadi) . Setelah dia sampai ke rumah adiknya, dia dengar adik dia sedang baca al-Quran ayat :
Dan apakah telah sampai kepadamu kisah Musa? (9) Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api, semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.(10) Maka apabila ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia di seru: "Wahai Musa! (11) "Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci. (12) (Taha : 9-12)Ayat ni macam.. Allah cakap kat Umar yang Dia telah memilih Umar. Umar telah dipilih untuk berada di atas jalan yang benar. Dan itulah point muqaddimah tu. Kak Izyana ingat kan kitorang yang kita sangat beruntung lah untuk join daurah tu dan disebabkan Allah dah pilih kita, tanggungjawab kita lah untuk terus bersemangat pergi ke usrah, daurah dan sebagainya. =)
Jadi, apa yang saya dapat drpd daurah SH :
- Kenal nama Abu Al'ala al-Maududi yang merupakan pengasas Jemaah Islamiyyah di India. Dia lah yang tulis buku Syahadatul Haq (sebelum ni tak pernah dengar pon nama dia. sedih kan... T_T)
- Diingatkan sekali lagi tentang tujuan hidup kita di dunia :
Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu (51:56)
Sesungguhnya aku ingin menjadikan khalifah di muka bumi (2:30)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (67:2)
Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (4:104)
Katakanlah: “Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (6:162)
- Syahadatul Haq bukan sekadar beriman dgn rukun iman dan amalkan rukan islam sahaja. Bukan sekadar menjadi muslim yang baik sorang2. Walaupon kita dah tunaikan semua yang fardhu, kita still tak dikira menjadi saksi keatas kebenaran selagi kita tak menyampaikan kebenaran tu kepada orang lain.
- Untuk berdakwah, menunjukkan akhlak yang baik sahaja tak cukup, tetapi dakwah tak boleh jalan tanpa menunjukkan akhlak dan memberi layanan yang baik.
"Sesiapa yang mengucapkan Tiada Tuhan Melainkan Allah', maka dia adalah Da'ie."
inshaAllah tu je kot =)
Atiqah.
Syahadatul Haq
Assalamualaikum Uno sisters! :)
Haritu 24 Mac, Aliyya, Atiqah dengan Aqilah pergi daurah Syahadatul Haq.
Alhamdulillah banyak sangat input yg dapat. tapi Aliyya dtg lewat sikit, mcm sempat dengar separuh je, so Aliyya kongsi la serba sikit ilmu yg dpt masa haritu okayyy. hehe.
Syahadatul: Penyaksian
Haq: Kebenaran
Jadi sebagai pemudah bicaranya, Syahadatul Had bermaksud Penyaksian kepada Kebenaran. Tapi sebenarnya maknanya lagi mendalam daripada ni. Syahadatul Haq memberi gambaran yang betul betul jelas tentang tanggungjawab kita sebagai umat Islam, selepas kita bersyahadah. Mungkin sebelum ni kita tak terlalu curious nak tahu apa maksud sebalik syahadah sebab kita dah Islam dari lahir.
Bila kita lihat balik makna syahadah, ertinya ialah 'Aku bersaksi' dan bukannya 'aku mengaku' atau 'aku percaya'. Pernah tak kita terfikir kenapa? Contohnya kalau kita jadi saksi di mahkamah untuk satu kes, maknanya kita rela ambil tanggungjawab tu semata-mata untuk menang. Sama juga seperti mengambil syahadah, kita ambil risiko, sanggup memgambil jalan bahaya demi membuktikan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu ialah pesuruh Allah. Kita sanggup ambil risiko tersebut sebab kita betul betul percaya dan yakin dengan agama Allah.
Dan cakap pasal saksi dalam mahkamah, kalau dalam movie selalu ada program perlindungan oleh pihak polis kepada saksi-saksi yang terlibat, sebab mereka semua ni tahu kisah sebenar. Mereka diberi rumah sementara, malah dikawal 24 jam oleh polis terlatih. Kiranya nyawa diorang dalam bahaya la, sebab orang jahat mungkin akan kejar diorang. haa tapi sistem ni tiada dalam Islam. sebab tu kita sebagai orang Islam yang telah bersyahadah sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk dipikul.
Tapi, tanggungjawab apa yang berat tu?
Tanggungjawab berdakwah. Tanggungjawab untuk menyebarkan Islam. Tanggungjawab untuk mengislamkan orang yg bukan belum Islam.
Hm macam banyak kan? Tapi takpe, jangan risau. Dalam melalukan tanggungjawab kita ni ada fasa-fasa yang tertentu.
oleh itu, marilah kita buat perubahan demi melaksanakan tanggungjawab kita! :) sebelum kami bersurai lepas daurah, ada beberapa baby steps yang telah dibincangkan untuk sama-sama dibuat:
1. Kurangkan buat perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa
2. Banyakkan ibadah sunat
3. Istiqamah dalam ibadah
4. Betulkan niat dalam semua perkara
Dan.... masa daurah juga disentuh tentang apa tujuan sebenar kehidupan kita?
"Ingatlah, Aku tidak menciptakan jin dan manusia, MELAINKAN untuk beribadat kepadaKU"
[Quran, 51;56]
Dalam ayat ini, Allah tidak menyebut terus secara direct seperti "Aku menciptakan jin dan manusia untuk mereka beribadat kepadaKu". Well, Allah knows best ;) Sebabnya, dua ayat ini nampak macam sama tp sebenarnya sangat berbeza.
Analogi: Mak Atiqah dan Atiqah. hehe :)
"Atiqah, tolong pergi kedai, belikan daging!"
Jika Atiqah pergi kedai, Atiqah beli daging, sayur, ayam, ikan, udang dan semua benda lain, mak Atiqah masih dapat menerimanya sebab Atiqah tetap beli daging yang dipesan tadi,
Tetapi!
Jika Mak Atiqah ubah arahannya seperti:
"Atiqah, tolong pergi kedai, dan jangan kau beli benda lain kecuali daging!"
Jadi, bila Atiqah pergi kedai, memang akan jadi satu kesalahan lah bila Atiqah bawak balik barang lain selain daging tadi, yedak?
Maknanya, apa yang Allah cuba sampaikan dalam ayat ini ialah tujuan sebenar kehidupan kita, iaitu beribadah kepadaNya. Jangan salah faham, bukan kita tak perlu cari duit, bukan kita tak perlu belajar, bukan kita tak perlu jaga kesihatan semua ni, tapi apa-apa yang kita lakukan, mestilah jangan bercanggah dengan tujuan sebenar kita.
"Wahai orang-orang yang berselimut. Bangunlah, lalu berilah peringatan !"
[Surah Al-Mudassir; 1-2]
[Surah Al-Mudassir; 1-2]
That's all for now,
:) Aliyya
Tuesday, 5 March 2013
Thursday, 7 February 2013
ubat hati 8/2/13
assalamualaikum
adik-adik, akak jumpa 'ubat hati' ni..untuk kita sama-sama renungi
adik-adik, akak jumpa 'ubat hati' ni..untuk kita sama-sama renungi
"sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi.
Sahabat-sahabat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?
Rasulullah menerangkan: membaca Al-Quran dan mengingati mati."
(hadith riwayat Al-Baihaqi)
Tuesday, 5 February 2013
tarbiah dzatiyah--jom peduli dengan diri kita (part 1)
assalamualaikum sisters of uno yang osem ^__^
alhamdulillah dapat bertemu lagi, ok kat bawah akak share lebih lanjut ttg tarbiah dzatiah, bacalah dengan sabar ya adik2 :D kerana ada permata di dalamnya. kalau ada apa2 perkara nak dibincangkan, kita bncg sama2 ya..ok sisters, its time to reflect
perbincangan kita tentang tarbiah dzatiah, akak ambil dari buku di bawah:
alhamdulillah dapat bertemu lagi, ok kat bawah akak share lebih lanjut ttg tarbiah dzatiah, bacalah dengan sabar ya adik2 :D kerana ada permata di dalamnya. kalau ada apa2 perkara nak dibincangkan, kita bncg sama2 ya..ok sisters, its time to reflect
perbincangan kita tentang tarbiah dzatiah, akak ambil dari buku di bawah:
Apa itu Tarbiah Dzatiyah?
TDz ialah:
sejumlah wasilah tarbiah (usaha-usaha tarbiah)
yang dilakukan oleh seorang Muslim kepada dirinya sendiri,
untuk membentuk keperibadian Islam yang sempurna
(dari segi ilmu, iman, akhlak, sosial etc)
dan naik tinggi ke tingkatan kesempurnaan sebagai manusia
Dalam perkataan lain, TDz ialah usaha-usaha tarbiah yang dilakukan oleh seseorang terhadap dirinya sendiri, untuk membangun dirinya menjadi muslim yang lebih baik dari hari ke hari.
TDz merupakan penerusan kepada usaha tarbiah yang dilakukan secara jamaie (secara berjemaah seperti liqa' usrah, mabit, daurah, etc yang kita ikuti), so kalau kita komited dengan usaha tarbiah yang kita buat sama2 dengan uno sisters yg lain, ditambah pulak dengan usaha tarbiah dzatiah yang kita usaha sendiri+doa kepada Allah, dengan izin Allah kita akan jadi lebih super duper osem ^__^
jalan ke syurga tak mudah, kerana syurga mahal nilainya, kita kene kuatkan usaha..dan kuatkan lagi usaha...battle your way to jannah!!
Apa pentingnya Tarbiyah Dzatiyah kepada sisters of Uno?
uish ^__^ super duper penting!!
- sebab jaga diri sendiri mestilah didahulukan daripada menjaga orang lain. kalau kita tak jaga diri kita, macammane kita nak jaga orang lain?"Hai orang-orang yang beriman, jagalah diri dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu…"(At-Tahrim 66: 6)
- Jika kita tidak mahu peduli tentang urusan tarbiyah diri sendiri, siapa lagi yang akan lebih peduli? siapa? orang lain ya mungkin peduli dengan kita, tapi kalau diri kita sendiri tak nak peduli tentang diri kita, apakah perubahan boleh berlaku dengan baik? -___- naudzubillah"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)…"
- Hisab Allah SWT di Hari Akhirat kelak bersifat individual. Ingat masa bulatan gembira kita main game pokok, tupai dan gempa. haih..hehe..masa kak fizah sbut tupai atau pokok, semua mesti lari2 cepat supaya dapat tempat. masa gempa lagilah!! hehe..semua orang nak selamat, kecoh sebab semua pokok dan tupai lari. takde yang beria2 selamatkan tupai/pokok lain dulu, betul tak? bayangkanlah kiamat nanti, atau di padang mahsyar nanti...masa tu semua org ada urusan hisabnya masing-masing. so, kita kenelah peduli tentang diri kita. dan kita sisters of uno SAMA-SAMALAH bantu usrahmate kita untuk sama-sama selamat dan semoga dapat sama2 berkampung kat syurga nanti ^__^ sunyilah pulak kalau sorang-sorang je selamat betul tak? bukan sunyi je..selfish huhu"Dan setiap mereka datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri."(Maryam 19: 95)
- Tarbiyah Dzatiyah sangat efektif kerana kitalah yang paling mengetahui keadaan diri sendiri (Keaiban, kelemahan, Dosa-dosa dan Maksiat yang dirahsiakan) sehingga kita dapat mendidik diri agar mampu menanganinya. betul kan? kitalah yang tahu macammane solat kita, puasa kita, hati kita..etc etcjadi kita tahu yang mana perlukan pembaikan lagi, lagi dan lagi
- Tarbiyah Dzatiyah adalah wasilah untuk kita terus Tsabat dan Istiqamah dengan ajaran Islam (walau ketika berseorangan dan jauh dari Murabbi/akhawat lain). tarbiah dzatiah menguatkan hubungan kita dengan Allah apabila kita bersendirian..ia memberikan kita kekuatan yang hanya Allah boleh bagi...agar kita dapat tetap atas jalan Allah walaupun kita sedang diuji, sedang dalam kesukaran etc etc
- Tarbiyah Dzatiyah sangat penting kerana ia merupakan salah satu cara yang efektif untuk berdakwah kepada orang lain. Peribadi yang sentiasa menjadi Qudwah dalam keimanan, akhlak, keilmuan, ibadah dll terhasil antaranya melalui Tarbiyah Dzatiyah.
- Tarbiyah Dzatiyah jugalah yang diperlukan untuk memperbaiki realiti umat hari ini yang kian rosak. Setelah individu-individu ini baik keislamannya, maka akan berlaku perubahan di peringkat keluarga, masyarakat dan negara (Bertambah cepat bila digabungkan dengan Tarbiyah Jamai'yah; tarbiah yang dilakukan secara jamaie).
- Tarbiyah Dzatiyah sangat istimewa kerana ia mudah dilakukan, ada pelbagai cara dan tidak bergantung kepada masa atau tempat tertentu. (Usrah perlukan masa tertentu, kehadiran orang-orang tertentu dan di tempat tertentu. tapi berdzikir, tilawah etc boleh kita buat sendiri2...jangan lupa report daily hihi)
ANTARA SEBAB KENAPA ADA ORANG TIDAK PEDULI DENGAN PRESTASI TARBIAH DZATIYAHnya: (jom sama2 kita hindari)
1) belum faham tentang kepentingan TDz
2) kurang ilmu tentang BAAAANYAKnya saranan Quran dan sunnah tentang TDz ini
3) leka dengan dunia
4) rasa TDz membebankan dan gune banyak masa, ada yang rasa 'kan dah buat ibadah wajib, kenapa perlu lagi TDz'
5) belum rasa pentingnya ada inisiatif tambahan dari diri sendiri untuk meningkatkan diri
6) rasa cukup dah dengan datang liqa' usrah dan hadir prog-prog yang diajak oleh naqibah
7) kita rasa muda lagi, rasa lambat lagi nak mati (hu T-T insaf insaf..ya Allah ampunkan diriku T-T)
JOM kita usaha!! caiyok adik2..akak2 akan usaha juga ^__^ gambatte ne!
Saturday, 2 February 2013
Training of Trainers
Assalamualaikum!
Harini nak share pasal Program TOT ( Training of Trainers ) yang dianjurkan oleh IkramTeens di Pejabat Ikram Wilayah Persekutuan 30 Januari haritu.
Program ni Iman dengan Fatimah Aliyya yang pergi, tujuannya adalah untuk melatih remaja-remaja macam kitorang ni untuk jadi fasilitator. Alhamdulillah, banyak input yang kitorang dapat dari program ni. ^_^
Banyak lagi la ilmu yang kitorang dapat, contohnya cara bercakap di hadapan, cara pegang microphone, cara nak handle peserta dari umur kanak-kanak saaaampaila remaja. Tak sama tau cara menjaga kanak-kanak dengan remaja ;) Lepastu kitorang dapat tengok dan belajar sedikit sebanyak 'behind the scene' program-program lain yang dianjur oleh Ikram macam KBM ( Keindahan Bersama Mu ) dan lain-lain. Best, sebab saya sendiri pernah jadi peserta KBM :3
Kitorang kena menari chicken dance! Nak jadi faci ni kena la sporting, tak boleh malu-malu kucing, so kena jadi la ayam. cehh, gurau gurau :P
Harini nak share pasal Program TOT ( Training of Trainers ) yang dianjurkan oleh IkramTeens di Pejabat Ikram Wilayah Persekutuan 30 Januari haritu.
Program ni Iman dengan Fatimah Aliyya yang pergi, tujuannya adalah untuk melatih remaja-remaja macam kitorang ni untuk jadi fasilitator. Alhamdulillah, banyak input yang kitorang dapat dari program ni. ^_^
Abang Bai sedang berhujah :D
Facility = kemudahan
Facilitator = ?
Abang Bai cakap facilitator adalah seorang yang menjadikan sesuatu tugas yang diberi kepada anak2 muridnya lebih mudah. Maksudnya, facilitator ni hanya memberi bantuan dan bimbingan untuk mendapatkan sesuatu jawapan kepada soalan yang diberikan, bukan memberi jawapan terus semata-mata :D
Kitorang kena menari chicken dance! Nak jadi faci ni kena la sporting, tak boleh malu-malu kucing, so kena jadi la ayam. cehh, gurau gurau :P
Sooo, kepada uno sisters dan pembaca-pembaca blog ni, kalau diberi kesempatan untuk join Program TOT yang akan datang, pergi je! Tak rugi pun, banyak ibrah yang boleh kita dapat :D Iman dengan Aliyya dah makin confident nak jadi faci lepas ni, jangan jealous, cehhh hahahha.
Kalau ada apape soalan boleh la komen kat bawah ni, Insyaa Allah, kalau ada masa kitorang jawab.
Talk to you again next time! Wassalam :)
Iman
Subscribe to:
Posts (Atom)