Assalamualaikum Uno sisters! :)
Haritu 24 Mac, Aliyya, Atiqah dengan Aqilah pergi daurah Syahadatul Haq.
Alhamdulillah banyak sangat input yg dapat. tapi Aliyya dtg lewat sikit, mcm sempat dengar separuh je, so Aliyya kongsi la serba sikit ilmu yg dpt masa haritu okayyy. hehe.
Syahadatul: Penyaksian
Haq: Kebenaran
Jadi sebagai pemudah bicaranya, Syahadatul Had bermaksud Penyaksian kepada Kebenaran. Tapi sebenarnya maknanya lagi mendalam daripada ni. Syahadatul Haq memberi gambaran yang betul betul jelas tentang tanggungjawab kita sebagai umat Islam, selepas kita bersyahadah. Mungkin sebelum ni kita tak terlalu curious nak tahu apa maksud sebalik syahadah sebab kita dah Islam dari lahir.
Bila kita lihat balik makna syahadah, ertinya ialah 'Aku bersaksi' dan bukannya 'aku mengaku' atau 'aku percaya'. Pernah tak kita terfikir kenapa? Contohnya kalau kita jadi saksi di mahkamah untuk satu kes, maknanya kita rela ambil tanggungjawab tu semata-mata untuk menang. Sama juga seperti mengambil syahadah, kita ambil risiko, sanggup memgambil jalan bahaya demi membuktikan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu ialah pesuruh Allah. Kita sanggup ambil risiko tersebut sebab kita betul betul percaya dan yakin dengan agama Allah.
Dan cakap pasal saksi dalam mahkamah, kalau dalam movie selalu ada program perlindungan oleh pihak polis kepada saksi-saksi yang terlibat, sebab mereka semua ni tahu kisah sebenar. Mereka diberi rumah sementara, malah dikawal 24 jam oleh polis terlatih. Kiranya nyawa diorang dalam bahaya la, sebab orang jahat mungkin akan kejar diorang. haa tapi sistem ni tiada dalam Islam. sebab tu kita sebagai orang Islam yang telah bersyahadah sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk dipikul.
Tapi, tanggungjawab apa yang berat tu?
Tanggungjawab berdakwah. Tanggungjawab untuk menyebarkan Islam. Tanggungjawab untuk mengislamkan orang yg bukan belum Islam.
Hm macam banyak kan? Tapi takpe, jangan risau. Dalam melalukan tanggungjawab kita ni ada fasa-fasa yang tertentu.
oleh itu, marilah kita buat perubahan demi melaksanakan tanggungjawab kita! :) sebelum kami bersurai lepas daurah, ada beberapa baby steps yang telah dibincangkan untuk sama-sama dibuat:
1. Kurangkan buat perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa
2. Banyakkan ibadah sunat
3. Istiqamah dalam ibadah
4. Betulkan niat dalam semua perkara
Dan.... masa daurah juga disentuh tentang apa tujuan sebenar kehidupan kita?
"Ingatlah, Aku tidak menciptakan jin dan manusia, MELAINKAN untuk beribadat kepadaKU"
[Quran, 51;56]
Dalam ayat ini, Allah tidak menyebut terus secara direct seperti "Aku menciptakan jin dan manusia untuk mereka beribadat kepadaKu". Well, Allah knows best ;) Sebabnya, dua ayat ini nampak macam sama tp sebenarnya sangat berbeza.
Analogi: Mak Atiqah dan Atiqah. hehe :)
"Atiqah, tolong pergi kedai, belikan daging!"
Jika Atiqah pergi kedai, Atiqah beli daging, sayur, ayam, ikan, udang dan semua benda lain, mak Atiqah masih dapat menerimanya sebab Atiqah tetap beli daging yang dipesan tadi,
Tetapi!
Jika Mak Atiqah ubah arahannya seperti:
"Atiqah, tolong pergi kedai, dan jangan kau beli benda lain kecuali daging!"
Jadi, bila Atiqah pergi kedai, memang akan jadi satu kesalahan lah bila Atiqah bawak balik barang lain selain daging tadi, yedak?
Maknanya, apa yang Allah cuba sampaikan dalam ayat ini ialah tujuan sebenar kehidupan kita, iaitu beribadah kepadaNya. Jangan salah faham, bukan kita tak perlu cari duit, bukan kita tak perlu belajar, bukan kita tak perlu jaga kesihatan semua ni, tapi apa-apa yang kita lakukan, mestilah jangan bercanggah dengan tujuan sebenar kita.
"Wahai orang-orang yang berselimut. Bangunlah, lalu berilah peringatan !"
[Surah Al-Mudassir; 1-2]
[Surah Al-Mudassir; 1-2]
That's all for now,
:) Aliyya
thumbs up! =D
ReplyDeletebest best ^^ jazaakillah aliyya for the sharing ^^ menyentuh jiwa yang mencari-cari kebenaran..teruskan menulis..sesungguhnya Allah takkan sia-siakan usaha ini
ReplyDelete