Monday, 11 March 2013

Syahadatul Haq (versi 2)

Assalamualaikum =)
Nota kecil : baca aliyya punya versi kat bawak dulu eh. sbb sy tambah sikit apa yg dia dah share =)


Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad)satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang membenarkan kebenaran perbuatan kamu. (2:143)

Ok, mula2 kak Izyana bukak dgn muqaddimah dan menceritakan kisah Umar al-Khattab semasa dia nak peluk islam. Pada suatu hari ni, Umar berjalan mencari Rasulallah saw dgn niat nak bunuh baginda. On the way nak pergi rumah Rasulallah tu, dia terserempak dgn seorang sahabat ni, pestu dia tanya Umar nak pergi mana lalu Umar pon jawab "Aku hendak membunuh Rasulallah". Sahabat ni pon dah takut la tapi dia buat cool je dan dia beritahu Umar yang adik perempuan Umar dan ipar dia sudah pon meninggalkan agama nenek moyangnya dan memeluk islam.

Umar marah lalu buat detour ke rumah adik dia (pestu sahabat tu pon lari balik ke rumah Rasulallah untuk beritahu apa yang terjadi) . Setelah dia sampai ke rumah adiknya, dia dengar adik dia sedang baca al-Quran ayat :
Dan apakah telah sampai kepadamu kisah Musa? (9) Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api, semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.(10) Maka apabila ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia di seru: "Wahai Musa! (11) "Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci. (12)  (Taha : 9-12)
 Ayat ni macam.. Allah cakap kat Umar yang Dia telah memilih Umar. Umar telah dipilih untuk berada di atas jalan yang benar. Dan itulah point muqaddimah tu. Kak Izyana ingat kan kitorang yang kita sangat beruntung lah untuk join daurah tu dan disebabkan Allah dah pilih kita, tanggungjawab kita lah untuk terus bersemangat pergi ke usrah, daurah dan sebagainya. =)

Jadi, apa yang saya dapat drpd daurah SH :

  • Kenal nama Abu Al'ala al-Maududi yang merupakan pengasas Jemaah Islamiyyah di India. Dia lah yang tulis buku Syahadatul Haq (sebelum ni tak pernah dengar pon nama dia. sedih kan... T_T)
  • Diingatkan sekali lagi tentang tujuan hidup kita di dunia :
Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu (51:56)
Sesungguhnya aku ingin menjadikan khalifah di muka bumi (2:30) 
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (67:2)
Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (4:104)
Katakanlah: “Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (6:162)

  •  Syahadatul Haq bukan sekadar beriman dgn rukun iman dan amalkan rukan islam sahaja. Bukan sekadar menjadi muslim yang baik sorang2. Walaupon kita dah tunaikan semua yang fardhu, kita still tak dikira menjadi saksi keatas kebenaran selagi kita tak menyampaikan kebenaran tu kepada orang lain. 
  • Untuk berdakwah, menunjukkan akhlak yang baik sahaja tak cukup, tetapi dakwah tak boleh jalan tanpa menunjukkan akhlak dan memberi layanan yang baik.
"Sesiapa yang mengucapkan Tiada Tuhan Melainkan Allah', maka dia adalah Da'ie."

inshaAllah tu je kot =)
Atiqah.

Syahadatul Haq



Assalamualaikum Uno sisters! :)

Haritu 24 Mac, Aliyya, Atiqah dengan Aqilah pergi daurah Syahadatul Haq.
Alhamdulillah banyak sangat input yg dapat. tapi Aliyya dtg lewat sikit, mcm sempat dengar separuh je, so Aliyya kongsi la serba sikit ilmu yg dpt masa haritu okayyy. hehe.

Syahadatul: Penyaksian
         Haq: Kebenaran

Jadi sebagai pemudah bicaranya, Syahadatul Had bermaksud Penyaksian kepada Kebenaran. Tapi sebenarnya maknanya lagi mendalam daripada ni. Syahadatul Haq memberi gambaran yang betul betul jelas tentang tanggungjawab kita sebagai umat Islam, selepas kita bersyahadah. Mungkin sebelum ni kita tak terlalu curious nak tahu apa maksud sebalik syahadah sebab kita dah Islam dari lahir. 




Bila kita lihat balik makna syahadah, ertinya ialah 'Aku bersaksi' dan bukannya 'aku mengaku' atau 'aku percaya'. Pernah tak kita terfikir kenapa? Contohnya kalau kita jadi saksi di mahkamah untuk satu kes, maknanya kita rela ambil tanggungjawab tu semata-mata untuk menang. Sama juga seperti mengambil syahadah, kita ambil risiko, sanggup memgambil jalan bahaya demi membuktikan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu ialah pesuruh Allah. Kita sanggup ambil risiko tersebut sebab kita betul betul percaya dan yakin dengan agama Allah. 

Dan cakap pasal saksi dalam mahkamah, kalau dalam movie selalu ada program perlindungan oleh pihak polis kepada saksi-saksi yang terlibat, sebab mereka semua ni tahu kisah sebenar. Mereka diberi rumah sementara, malah dikawal 24 jam oleh polis terlatih. Kiranya nyawa diorang dalam bahaya la, sebab orang jahat mungkin akan kejar diorang. haa tapi sistem ni tiada dalam Islam. sebab tu kita sebagai orang Islam yang telah bersyahadah sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk dipikul. 

Tapi, tanggungjawab apa yang berat tu? 

Tanggungjawab berdakwah. Tanggungjawab untuk menyebarkan Islam. Tanggungjawab untuk mengislamkan orang yg bukan  belum Islam. 

Hm macam banyak kan? Tapi takpe, jangan risau. Dalam melalukan tanggungjawab kita ni ada fasa-fasa yang tertentu. 


oleh itu, marilah kita buat perubahan demi melaksanakan tanggungjawab kita! :) sebelum kami bersurai lepas daurah, ada beberapa baby steps yang telah dibincangkan untuk sama-sama dibuat:

1. Kurangkan buat perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa
2. Banyakkan ibadah sunat
3. Istiqamah dalam ibadah
4. Betulkan niat dalam semua perkara 

Dan.... masa daurah juga disentuh tentang apa tujuan sebenar kehidupan kita? 

"Ingatlah, Aku tidak menciptakan jin dan manusia, MELAINKAN untuk beribadat kepadaKU"

[Quran, 51;56]

Dalam ayat ini, Allah tidak menyebut terus secara direct seperti "Aku menciptakan jin dan manusia untuk mereka beribadat kepadaKu". Well, Allah knows best ;) Sebabnya, dua ayat ini nampak macam sama tp sebenarnya sangat berbeza. 

Analogi: Mak Atiqah dan Atiqah. hehe :)

"Atiqah, tolong pergi kedai, belikan daging!"
Jika Atiqah pergi kedai, Atiqah beli daging, sayur, ayam, ikan, udang dan semua benda lain, mak Atiqah masih dapat menerimanya sebab Atiqah tetap beli daging yang dipesan tadi, 

Tetapi!

Jika Mak Atiqah ubah arahannya seperti:

"Atiqah, tolong pergi kedai, dan jangan kau beli benda lain kecuali daging!"

Jadi, bila Atiqah pergi kedai, memang akan jadi satu kesalahan lah bila Atiqah bawak balik barang lain selain daging tadi, yedak?

Maknanya, apa yang Allah cuba sampaikan dalam ayat ini ialah tujuan sebenar kehidupan kita, iaitu beribadah kepadaNya. Jangan salah faham, bukan kita tak perlu cari duit, bukan kita tak perlu belajar, bukan kita tak perlu jaga kesihatan semua ni, tapi apa-apa yang kita lakukan, mestilah jangan bercanggah dengan tujuan sebenar kita. 


"Wahai orang-orang yang berselimut. Bangunlah, lalu berilah peringatan !"
[Surah Al-Mudassir; 1-2] 

That's all for now,
:) Aliyya